Pameran Seni Ahli Akademik - ILHAM adalah merupakan pameran tahunan anjuran Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, yang diadakan hampir setiap tahun. Ilmu Lahir Hanya dari Allah yang Maha Indah atau singkatannya ILHAM telah muncul seawal tahun 1987.
Program Pameran Seni ini sudah semestinya menjadi cerminan dan wadah kepada penglibatan semua kakitangan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA. Dengan terhasilnya usaha – usaha murni ini dapatlah diukur sejauh mana pencapaian dan sumbangan yang harus dilaksanakan oleh tenaga akademik yang sekali gus terlibat sebagai seniman / pereka.
ILHAM adalah singkatan dari ungkapan yang indah sudah pasti menyanjung tinggi tradisi keilmuan yang dianggap sebagai anugerah besar dari Allah S.W.T .
Justeru, Pameran Seni ILHAM yang bakal diadakan pada 28 Mac 2009 ini pastinya memberi satu dimensi baru kepada warga fakulti, universiti dan masyarakat umum.
1 Prof Dr Muhamad Tamyez Hj. Bajuri, ILHAM ‘93
2 Mohd Khalil Amran, ILHAM ‘93